Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 128 on Fri Apr 09, 2021 4:48 pm
Latest topics
» Guru telah pindahby Admin Tue Apr 26, 2011 7:24 pm
» activate the forum
by Admin Tue Apr 26, 2011 7:18 pm
» WEBSITE SMC INI AKAN DI PADAM (DELETE)
by Admin Sun Jul 25, 2010 9:48 pm
» Tahun 4 Harmoni 1999
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:36 pm
» Koleksi gambar lama bekas pelajar SMC
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:34 pm
» Tahun 2 Harmoni 1997
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:26 pm
» Pasukan Pancaragam SMC
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:12 pm
» Darjah 6A 91/92
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:10 pm
» Darjah 4A 90/91
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:06 pm
» Tahun 5A 91/92
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:05 pm
» Tahun 1 Simfoni 1995
by Admin Mon Apr 05, 2010 4:55 pm
» Tahun 5 Harmoni 2008
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:58 pm
» Tahun 4 Harmoni 2007
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:57 pm
» Tahu 2 Harmon 2005
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:56 pm
» Pengawas SMC 2006
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:54 pm
Sejarah SK.St.Mary Convent
Page 1 of 1
Sejarah SK.St.Mary Convent
Sekolah St. Mary Convent merupakan sebuah sekolah yang unik sekali. Sekolah ini merupakan sekolah perempuan yang pertama sekali di Sandakan.
Didapati bahawa penyusunan sejarah sekolah adalah sukar kerana kekurangan pengetahuan yang tepat dan juga catatan berkenaan dengan peristiwa yang telah berlaku. Kebanyakan daripada rekod yang asal telah musnah semasa Perang Dunia Kedua. Banyak usaha telah dijalankan seperti temuramah daripada bekas guru dam murid dari sekolah ini untuk mendapatkan maklumat. Apabila proses penyelidikan telah dijalankan, didapati bahawa mubaligh dari Franciscan Santa Joseph mengasaskan Convent ini pada 5 November 1891 dengan pendaftaran jumlah murid yang terhad. Jumlah murid bertambah setiap tahun tetapi jumlah kelas tidak mencukupi. Sekolah pelajar perempuan inilah yang pertama dibuka di Borneo Utara. Pengasasnya yang pertama sekali ialah Sr. Coletta, Sr. Theresa, Sr. Peter dan Sr. Rose. Segala usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh keempat-empat rahib ini sentiasa dikenang serta diteruskan sehingga sekarang. Setiap tahun, beribu-ribu pelajar perempuan meninggalkan sekolah ini dengan segala pengalaman,pendedahan serta pembelajaran demi masa depan mereka.
Pada mulanya sekolah ini hanyalah sebuah rumah atap yang kecil. Rahib-rahib perempaun, pelajar-pelajar, anak-anak yatim piatu dan kanak-kanak kecil tinggal di tingkat pertama bangunan atau rumah ini. Manakala tingkat bawah dijadikan bilik darjah. Terdapat lebih kurang 100 orang kanak-kanak lelaki dan permpuan tinggal sepenuh masa di Convent.
Sistem pelajaran pada masa itu adalah jauh berbeza jika dibandingkan dengan sistem pendidikan hari ini. Setiap kelas dibahagikan kepada A, B dan C yang sama dengan pra-sekolah pada masa sekarang. Manakala untuk kelas rendah dibahagikan dari darjah satu hingga tujuh iaitu gabungan darjah rendah dan menengah. Miss Clarice Andrew (gambar 1931 / 1932 - wanita yang mengangkat anak kecil) adalah bertanggungjawab dalam perkara tersebut.
Menurut temuramah salah seorang bekas murid, Miss Andrew adalah sebenarnya seorang rahib perempuan tetapi tidak memakai pakaian rahib yang lengkap. Turut mengajar di sekolah ini ialah Sr. De Pazzie, Mother Vianney dan Sr. Claver (gambar 1931 / 1932).
Pada 21 hb. Januari 1942, tentera Jepun telah mendarat di Sandakan. Orang ramai merasa takut. Paderi-paderi dan rahib-rahib perempuan Barat telah dipindahkan ke Pulau Berhala. 'Blue Sisters' iaitu Mother Immaculate, Mother Aloysius, Mother Francis dan Sr. Consolata - pengasa penubuhan Blue Nun Tempatan, tidak mempunyai ketua rahib perempuan Barat untuk mereka menyelesaikan masalah. Mereka telah mengambil alih menjalankan tugas menjaga penghuni-penghuni asrama. Oleh kerana sntiasa mendapat ancaman dari tentera Jepun, keempat-empat rahib tempatan ini sentiasa berada dalam ketakutan dan mengharapkan agar 'White Sisters' yang telah ditangkap dapat balik ke Convent tersebut dengan segera untuk menyelesaikan masalah.
Pada oktober 1942, kumpulan rahib dari Eropah telah dibawa dari Pulau Berhala ke Sandakan selama sehari untuk bekerja. Blue Sister telah mendapat kebenaran dari pihak penguasa Jepun untuk berjumpa dengan Mother Rose, Sr. Francis Mary dan Sr. Cletus.
Pada 23hb. Disember 1942 sebelum menjelang hari krismas, pihak berkuasa jepun telah memberi amaran kepada sekolah-sekolah mubaligh di Sandakan supaya berpindah dalam masa tiga hari. Semua penghuni sekolah mubaligh dikehendaki balik ke pangkuan keluarga masing-masing. Keempat-empat rahib tersebut telah dipindahkan ke rumah keluarga Azcona sehingga mereka berpeluang berpindah ke Jesselton (Kota Kinabalu). Tempat tinggal mereka telah dijadikan Markas Tentera Jepun. Sehingga hari ini masih lagi ada kesan-kesan peninggalan Jepun iaitu torowong dan perigi yang terdapat di tapak Convent yang lama. Tidak dapat disahkan sama ada torowong itu pernah digunakan oleh tentera Jepun atau askar tempatan semasa perang dulu. Ia adalah tempat persembunyian semasa pengeboman. Tangki yang diisi dengan sisa-sisa tulang manusia pada masa perang Dunia Kedua masih terdapat pada masa kini.
Pada bulan Januari 1943, para rahib wanita (Eropah) telah dihantar ke khemah tahanan pusat di Kucing Sarawak. Mereka berada di sana sehinggalah pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu pada 2hb September 1945.
Apabila para rahib wanita ini kembali semula ke Sandakan, mereka dapati bandar ini telah hampir musnah. Rumah kecil Convent yang mereka bina telah musnah sama sekali. Sr. Edward, Sr. cletus dan Sr. Thaddeus terpaksa membina semula bangunan tersebut. Bayangkan kesusahan dan kepayahan yang terpaksa mereka tanggung untuk membina semula Convent tersebut. Namun berkat ketabahan dan semangat yang cekal serta bantuan kewangan daripada orang tempatan dan luar negeri, sebuah bangunan baru telah didirikan.
Para rahib ini kemudiannya mengajar seperti sedia kala. Pada tahun 1954, Sr.Henreitta dan Sr. St. John telah datang bertugas untuk membantu melicinkan pentadbiran serta pembinaan bangunan baru. Sr. Moira kemudian datang dan memperkenalkan kelas kesetiausahawan untuk murid-murid perempuan. Sepanjang tahun 50-an, sekolah ini telah mengambil bahagian dalam banyak pertandingan. Salah satu pertandingan yang telah disertai ialah pertandingan melukis antara sekolah dan sekolah ini muncul sebagai johan. Ia berlaku pada tahun 1956. Pada awal tahun 1957, satu pasaria telah diadakan untuk mengisi tabung penambahan bilik darjah di tingkat atas bangunan sekolah.
Pada tahun 1970, Convent dan juga sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya di bawah pentadbiran rahib wanita tempatan iaitu Mother Aloysius, Sr. Aquinas dan Sr. Gerald, Sr. Aquinas (diberi gelaran Mother general) merupakan rahib wanita (first local blue nun) yang menjadi guru besar sekolah yang mempunyai kelas dan murid seramai 315 orang.
Pada tahun 1971, tiga orang 'Blue Siater' telah berpindah. Sr. Joan telah menjadi guru besar sehingga 7hb Oktober 1981, sebelum mengikuti kursus selama 8 bulan di Rome. Sehingga Febuari 1983, Cik Pua Lee Siew telah dilantik sebagai pengganti Guru Besar. Puan Rose Solibun kemudian bertugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga kini.
Pada masa itu, sekolah ini mempunyai 16 kelas dalam dua sidang (pagi dan petang) dengan jumlah murid seramai 715 orang serta 31 kakitangan. Oleh kerana pertambahan murid sekolah rendah dan tadika begitu pesat, maka tempat tinggal para rahib wanita yang menjadi sebahagian daripada bangunan sekolah ini telah dipindahkan ke tapak baru berhampiran dengan sekolah pada tahun 1980. Kelas tadika pula telah dipindahkan ke bangunan baru setinggi tiga tingkat semenjak bulan Disember 1990.
Bangunan SRK. St. Mary's Convent tidak dapat diperluaskan serta tidak dapat menampung murid yang ramai kerana ia terletak di atas sebuah bukit yang kecil. Oleh itu, terdapat rancangan untuk memindahkan sekolah ini ke batu dua, Jalan Labuk iaitu berhampiran dengan SM. St. Mary Labuk. Pemindahan ini adalah dibawah tanggungjawab Lembaga Sekolah yang diketuai oleh Rev. Father Tobias Chi.
Mubaligh-mubaligh Franciscan St. Joseph telah meninggalkan sebuah sekolah dengan reputasi pengelolaan yang membanggakan sama ada dari segi akademik, disiplin dan dari semua aspek.
Catatan ini adalah untuk menghargai dan mengingati jasa-jasa para pengasas St.Mary's Convent yang tidak terhingga itu. Kami berharap agar dapat berbakti seperti mereka dengan penuh rasa dedikasi untuk meneruskan cita-cita yang telah mereka tinggalkan.
Klik untuk melihat gambar yang lebih besar.
[img]http://www.sabah.edu.my/stmarysd/gsejarah4.jpg/img]
ST. MARY'S CONVENT, NAMAMU KAMI SANJUNG, KAMI AKAN TERUS MENGEKALKAN KEGEMILANGANMU
Dipetik dan diubahsuai daripada majalah sekolah terbitan khas 1991 yang disediakan oleh Pn.Bernadette Rajoo / Tay

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum