Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 18 on Thu Aug 06, 2015 10:39 am
Latest topics
» Guru telah pindah
by Admin Tue Apr 26, 2011 7:24 pm

» activate the forum
by Admin Tue Apr 26, 2011 7:18 pm

» WEBSITE SMC INI AKAN DI PADAM (DELETE)
by Admin Sun Jul 25, 2010 9:48 pm

» Tahun 4 Harmoni 1999
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:36 pm

» Koleksi gambar lama bekas pelajar SMC
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:34 pm

» Tahun 2 Harmoni 1997
by Admin Mon Apr 12, 2010 6:26 pm

» Pasukan Pancaragam SMC
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:12 pm

» Darjah 6A 91/92
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:10 pm

» Darjah 4A 90/91
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:06 pm

» Tahun 5A 91/92
by Admin Mon Apr 05, 2010 5:05 pm

» Tahun 1 Simfoni 1995
by Admin Mon Apr 05, 2010 4:55 pm

» Tahun 5 Harmoni 2008
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:58 pm

» Tahun 4 Harmoni 2007
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:57 pm

» Tahu 2 Harmon 2005
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:56 pm

» Pengawas SMC 2006
by Admin Sun Apr 04, 2010 5:54 pm

SMC Chatbox

ShoutMix chat widget
Top posters
Admin (360)
 
Frans (130)
 
The Rock (9)
 
adiex adz (1)
 
lucy (1)
 

June 2018
MonTueWedThuFriSatSun
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 

Calendar Calendar


Kegemukan

Go down

Kegemukan

Post by Admin on Tue Aug 11, 2009 11:57 am

Kegemukan atau obesity merupakan masalah kesihatan umum yang semakin meningkat dikalangan rakyat negara ini.Dianggarkan hampir 25% rakyat Malaysia menghadapi masalah berat badan berlebihan, malah dijangkakan masalah obesity ini akan meningkat dari masa kesemasa memandangkan rata-rata penduduk di negara ini mengamalkan cara hidup yang sedentary akibat daripada perubahan zaman moden dan pengunaan perbagai peralatan canggih.

Obesiti adalah dikaitkan dengan cara hidup yang sedentary dan pemakanan yang tidak sihat .Akibat utama daripada masalah ini ialah penyakit jantung koronari dan angin ahmar.masalah lain yang disebabkan oleh kegemukan ialah penyakit kencing manis, darah tinggi, sendi/tulang dan penyakit jiwa.

Kajian senaman yang dijalankan melalui tinjauan kesihatan dan mordibiti 1996 di seluruh negara menunjukkan hanya 11.6% dari rakyat negara ini yang aktif bersenam (bersenam sekurang-kurangnya 3X seminggu).Manakala 69.1% tidak mengamalkan senaman dan selebihnya mengamalkan senaman satu atau 2X seminggu.

Admin
Admin

Posts : 360
Join date : 2009-08-05

http://skstmaryconvent.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Kegemukan

Post by Admin on Tue Aug 11, 2009 12:01 pm

Jika and adalah suspek berat badan bertindaklah sekarang. Berjumpalah dengan pakar pemakanan anda sekarang juga.

RAWATAN
Kategori
Index Berat badan
Kurang Berat Badan Bawah 18.5
Normal 18.5 - 24.9
Lebih berat badan 25.0 - 29.9
Obesiti 30.0 dan ke atas
Jadual adalah standard yang diumumkan oleh American Journal of Clinical Nutrition.

Admin
Admin

Posts : 360
Join date : 2009-08-05

http://skstmaryconvent.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Kegemukan

Post by Admin on Tue Aug 11, 2009 12:04 pm

Utusan Malaysia
9 Jun 2005

Obesiti: 27% penduduk berisiko hidap penyakit serius

KUALA LUMPUR 8 Jun - Kira-kira 27 peratus rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan (obesiti) dan berisiko menghidap pelbagai jenis penyakit serius.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, berdasarkan peratusan tersebut ini bermakna daripada empat orang, seorang daripadanya mengalami obesiti.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku berikutan gaya hidup moden rakyat Malaysia secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah mereka yang dikategorikan mengalami obesiti.

"Kita tidak mempunyai program khusus untuk mengatasi masalah obesiti, sebaliknya ia terpulang kepada individu terbabit agar mengamalkan gaya hidup sihat,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Seminar Kegemukan Berpenyakit dan Pembedahan Lingkaran Gastrik, di sini hari ini.

Turut hadir pada seminar itu anjuran Pusat Perubatan Pantai itu, Pengerusi Pantai Holdings Berhad, Datuk Dr. Ridzwan Bakar dan Pakar Bedah Akses Minima, Dr. Abdul Fahmi Karim.

Obesiti didefinisikan sebagai tubuh badan yang mempunyai terlalu banyak lemak.

Ia boleh dikenal pasti berdasarkan Indeks Jisim Tubuh Badan (BMI) yang digunakan untuk mengukur masalah tersebut iaitu berat (kilogram) dibahagi dengan dua ketinggian dalam meter.

BMI yang kurang 18.5 menunjukkan kurang berat badan; 19 hingga 24.9 ialah normal; 25 hingga 29.9 menandakan berat berlebihan dan BMI yang mencecah 30 atau lebih dikategorikan sebagai obesiti.

Menurutnya, kegemukan dan berat badan berlebihan boleh mengundang pelbagai penyakit kronik antaranya penyakit jantung, kencing manis dan barah yang boleh membawa maut.

Sehubungan ini, kata Abdul Latiff, kerajaan sentiasa menjalankan Kempen Gaya Hidup Sihat dengan memperuntukkan kira-kira RM20 juta setiap tahun untuk tujuan tersebut.

Menurutnya, selain kempen tersebut, jika diamati akhirnya terpulang kepada individu itu sendiri untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan secara sihat.

"Kehidupan seharian kita menyebabkan masalah ini semakin menjadi-jadi, sebagai contohnya, kita lebih suka meletakkan kenderaan betul-betul di depan pasar atau kedai daripada berjalan kaki antara 50 hingga 100 meter untuk ke premis tersebut,'' katanya.

Kesedaran untuk menjalani gaya hidup sihat, menurutnya, dapat mencegah masalah obesiti daripada berlarutan.

Tambah beliau, aktiviti fizikal seperti berjoging dan bersenam merupakan cara paling ideal untuk mengurangkan berat badan secara efektif.

Abdul Latiff, turut menasihatkan masyarakat tidak terpengaruh dengan pelbagai iklan menarik yang menjamin mengurangkan berat badan.

Katanya, rawatan dengan kos yang begitu tinggi di pusat seumpama itu boleh membawa kesan sampingan kerana ia tidak dikendalikan oleh pakar perubatan yang diiktiraf.

Admin
Admin

Posts : 360
Join date : 2009-08-05

http://skstmaryconvent.forumotion.com

Back to top Go down

Re: Kegemukan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum